PUSAT RAWATAN ISLAM SUFI / BERZIKRULLAH

Rawatan Islam kaedah sufi adalah berasaskan kepada amalan berterusan berzikrullah dan menggunakan 'basirah' (celik mata hati) di dalam mengubati para pesakit. Amalan berterusan berzikrullah inilah menjadi kunci pencapaian darjat ihsan atau celik mata hati ataupun kesempurnaan hati bagi setiap individu muslim. Selaras dengan keutamaan amalan kerohanian ini seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai seutama-utama ibadah (maksud surah al-Ankabut; ayat 45).

Pada peringkat ini, dengan izin Allah SWT, para pengamal rawatan ini seharusnya mampu membersih atau membuang makhluk-makhluk halus seperti jin-jin, bunian, khadam atau iblis/syaitan dari tubuh pesakit. Gangguan makhluk-makhluk halus ini biasanya menyerang atau mengganggu pada organ-organ pesakit seperti jantung, saraf tunjang, buah pinggang, segala sendi-sendi, saraf-saraf atau otak. Oleh itu, hanya amalan berterusan berzikrullah yang hanya mampu membuang atau menyingkirkan semua makhluk-makhluk halus dari tubuh pesakit-pesakit...InsyaAllah.

Alam kerohanian/ghaib ini tidak mampu dijangkau atau dilihat ataupun difahami oleh akal yang dilonggokkan dengan hujah-hujah ilmu kalam (tauhid), dan pelbagai ilmu dan kefahaman Islam yang bersarang pada akal. Ternyatalah bahawa segala bentuk atau rawatan yang bersifat lahiriah (tanpa berterusan berzikrullah) tidak akan mampu membuang makhluk-makhluk halus dengan sempurna.

Berkata Sayyidina Ali bin Abu Talib kwj;
"Sesungguhnya semua manusia bersungut atas syaitan, namun syaitan juga bersungut keatas orang yang berzikrullah."
Lalu beliau pun membaca firman Allah SWT yang menjelaskan keutamaan amalan kerohanian ini;                                  

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا                                              Maksudnya;
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila disentuh rasukan syaitan, lalu mereka berzikrullah dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pemandangan (rahmat Allah)."  
                                                                                                    (Surah al-A'rab: Ayat 20)
Nabi ﷺ bersabda; Maksudnya;
"Sesungguhnya syaitan mengalir dalam salur darah Bani Adam."

Imam al-Ghazali, tokoh ulama agung Islam sepanjang zaman menjelaskan secara terperinci tentang darjat ihsan/celik mata hati bagi para penganut mazhab tariqah/tasawwuf dengan katanya;
“Dari masa permulaan menjalani jalan (tariq) ini, orang sufi sudah mengalami mukasyafah dan musyahadah. Pada waktu jaga (bukan mimpi) mereka bukan sahaja boleh melihat (celik matahati) rupa malaikat dan roh nabi-nabi tetapi juga dapat mendengar suara memperolehi petunjuk dari mereka. Dari tahap musyahadah iaitu melihat segala macam rupa dan contoh itu, naik lagi ketahap-tahap yang lebih tinggi dan tidak dapat lagi digambarkan dengan perkataan (akal). Jikalau dicuba juga menggunakan perkataan (akal) pasti akan menimbulkan salahfaham yang tidak mungkin dapat dielakkan.”    
                                                                             (Kitab Al-Ghazali: Al-Munqidh mana’d-Dalal: m.s.60)


Al-Quran telah menjelaskan hakikat darjat ihsan/celik mata hati itu dengan firman Allah SWT                                                                                                         مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ    
 Maksudnya:
“Tidak berdusta hati itu tentang apa yang dilihatnya."  
                                                                              (Surah an-Najm: ayat 11)

Telitikan firman Allah SWT;                                                                                                                                                                
ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ                                                                                                                                                                                                                                        Maksudnya:
“Maka sesungguhnya bukan matalah yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang berada di dalam dada.”
                                                                             (Surah Al-Hajr: Ayat 46)

Nabi ﷺ juga menjelaskan hakikat darjat ihsan ini dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Apabila hati Bani Adam tidak dikelilingi oleh syaitan-syaitan maka sudah pastilah mereka mampu melihat kerajaan di langit
(alam malakut yang tinggi).’
                                                                           - Hadis riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a

Nabi ﷺ bersabda lagi; maksudnya:
“Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin. Sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya (petunjuk) Ilahi.”
                                                                              - Hadis riwayat Tarmidzi dari Abu Sa’id r.a


PERINGATAN :

BAIK/PULIH SESUATU PENYAKIT/MASALAH ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT. KAMI HANYALAH HAMBA ALLAH YANG BERIKHTIAR.

RAWATAN SUSULAN AKAN DIBERIKAN ATAU DIPANTAU SEHINGGA PARA PESAKIT BENAR-BENAR BEBAS DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS/PEROSAK. INSYAALLAH


 
PENYAKIT-PENYAKIT YANG BOLEH DIUBATI

1 · Membuang Saka dan Pemulihan  
Simptom-simptom gangguan atau penyakit saka adalah seperti berikut :-
a)  Bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya akan merasai
      kesakitan
b)  Gangguan emosi, perasaan marah, perasaan sedih dan pelbagai emosi luar kawalan sentiasa melanda
c)  Gangguan minda menjadikan kita bercelaru, pening, hilang fokus dan tidak mampu berfikir/bertindak.
d)  Sukar tidur dan tidur tidak lena.
e)  Lintasan-lintasan yang pelik pada akal kerap berlaku.
f)  Sesak nafas atau mengah.
g)  Kaki dan tangan kebas, badan keletihan, sendi-sendi tangan dan kaki kesakitan.
h)  Lemah tenaga batin dan tidak terangsang kepada hubungan kelamin.

Inilah akibat adanya jin-jin SAKA pada badan pesakit yang biasanya mendiami bahagian tulang belakang (saraf tunjang, buah pinggang, jantung, paru-paru dan bahagian kepala (otak)). Inilah anggota-anggota badan yang sentiasa menjadi serangan makhluk halus yang mendiami tubuh manusia yang akan menguasai  pergerakan aliran darah (pembekalan gas oksigen), saraf-saraf dan sendi-sendi yang menjadikan kita menghidapi pelbagai simtom-simtom penyakit.

Tanda-tanda lain yang biasa dialami oleh para pesakit :
a) Selalu bermimpi menyusukan bayi.
b) Selalu bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu di dalam mimpi.
c) Belajar perubatan melalui mimpi yang diandaikan diajar oleh para wali atau nenek moyang mereka.
d) Kemahiran mengurut didapati/belajar melalui mimpi.

2 · Memulih Penyakit Mental / Schizophernia / SAWAN
Penyakit Schizophernia :   Adalah penyakit kronik yang mengganggu fikiran manusia sehingga mempengaruhi peribadi seseorang itu menyebabkan mereka menjauhi orang ramai.
Simptom-simptom Penyakit ini :
a)  Halusinasi atau bisikan-bisikan pada pesakit yang boleh membawa mereka bertindak, yang membahayakan keselamatan orang lain
b)  Sentiasa mengalami gangguan emosi, pemikiran, percakapan dan tindakan.
c)  Tidak berminat melakukan aktiviti harian dan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang pelik.
d)  Mengabaikan kebersihan diri dan tidak dapat tidur dengan sempurna.
e)  Penurunan emosi (murung)
f)  Mengasingkan diri daripada orang ramai.
g)  Kehilangan motivasi atau tidak dapat memberikan penumpuan pada pekerjaan dan aktiviti sosial.
h)  Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak logik.
i)  Emosi sentiasa tegang, gelisah dan meradang.

Sawan :  Adalah keadaan individu tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, kancing mulut, mendadak pengsan atau mulut berbuih. Ini adalah kesan gangguan makhluk halus yang menguasai otak menyebabkan berlakunya rangsangan elektrik pada otak itu yang menyebabkan perubahan tingkah laku secara mendadak.

3 · Mengalih HUJAN

4 · Rawatan Penyakit Santau / Sihir  
Tanda-tanda terkena santau:
a)  Menghidapi penyakit batuk yang berterusan, sehingga berdarah.
b)  Wanita mengalami Istihadah yang berpanjangan sehingga lebih daripada sebulan.
c)  Sentiasa mengalami sakit tulang belakang.
d)  Sentiasa sesak nafas dan lenguh anggota badan..
e)  Bermimpi perkara-perkara yang pelik dan menakutkan.
f )  Bahagian bawah mata pesakit kelihatan kebiruan (Seperti orang tak cukup tidur)

5 · Memindah KOLONI Jin, Bunian dan lain-lain gangguan dari rumah kediaman, pejabat dan sekolah/kolej
      
6· Membuang Dampingan Bunian

7· Gangguan Jin / Kerasukan / HISTERIA / Bisikan
Histeria :   Adalah satu tindakan ganjil yang mempengaruhi akal fikiran dan emosi sehingga menzahirkan satu tindakan luar kawalan. Ini adalah gangguan makhluk halus yang menyerang otak manusia, sehingga menjadikan otak itu lemah menyebabkan individu itu merasuk atau bertindak luar kawalan

8  · Memulih Penyakit Gangguan / Sukar Tidur

9  · Pelaris Perniagaan / Menarik Pelanggan

10  · Pendinding Diri / Kediaman / Pejabat / Restoren

11· Masalah Rumahtangga / Kasih Sayang

12· Menambah Seri Wajah

13· Penyakit Angin Ahmar / Stroke / Sakit Jantung / Lumpuh (Akibat Gangguan Makhluk Halus)

14 . Membuang SUSUK dan Pemulihan

15 . Memulih Sihir Busung

Comments

  1. assalamuailaikum minta maaf bertanya di mana bolih belajar ilmu ini
    azhar
    012-5148843

    ReplyDelete
  2. Wsalam..Sesiapa pun boleh belajar asalkan dia sanggup mempelajari ilmu dan amalan zikrullah sbgaimana Allah SWT perintahkan. kaedah kami hanya menggunakan zikir nafas utk membuang makhluk2 halus yg mendiami salur darah dan anggota badan yang lain tetapi mesti dipandu dgn pandangan celik mata hati(basyirah)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada no hp itk dihubungi? boleh kongsi2kan ilmu... +60196103565

      Delete
  3. Assalamualaikum

    Kalau qalbu,Roh,jasad,nyawa,darah daging dan tulang belulang sudah diduduki bertahun tahun lamanya jin,syaitan dan makhlus halus bagaimana Cara untuk keluarkan dan hancurkan.Boleh ke kita keluarkan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum..., Ustad..

    Saya menghadapi gangun mahluk yg tidak takut Ayat Al-Quran dan Ayat Kursi. kerna dlm diri, jiwa, hati dan akal fikira berbicara dgn diri saya sendiri.
    Ganguan bisikan-bisikan suara seperti org yg saya kenali. tetapi orang nya tidak ada. saya bisa berbicara dgn makhluk tersebut melalui percakapan dlm hati serta melalui percakapan lisan biasa. Sudah setahun ganguan makhluk ini dlm diri saya. semua bermula saat saya tidur waktu mlm sorg diri di kamar dlm keadaan gelap tampa cahaya.
    Saya bermimpi menangis dlm tidur melihat seorg bayi mengecil didlm gengaman tangan saya, Saya berada dizaman silam,Saya Bertemu serta melihat dua ekor burung merak cantik bersinar turun ke bumi berubah menjadi perempuan cantik bercakap dgn saya, saya melihat seorg wanita bersama dua orang bayi kembar serta bayi yg satu memiliki tato dilengan kiri dan yg satu lagi dilengan kanan tangan. Saya melihat perkahwinan sorg wanita bersma suaminya yg berbadan pendek (kerdil).

    Semasa seorang diri saya terjaga dari tidur dgn bunyi suara burung yg bising..dan saya terdengar bunyi suara suara manusia didalam dinding atau bilik berkunci yg kosong seperti org bergaduh yang marah dgn bunyi suara burung serta saya terdengar suara perempuan menangis dgn bunyi bayi menangis serta bunyi terikan perempuan berlari terdengar hentakan kaki ke bumi serta bunyi melompat diatap rumah dan tendangan didinding serta balingan batu pada tingkap rumah. mohon bantuan menghilangkan ganguan...

    ReplyDelete
  5. nk mendalami zikir nafas...tp jauh pula,saya dari k.lumpur 0196103565

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGAKUAN PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT