Pengamal Rawatan Kaedah Sufi/Berzikrullah ini menggunakan ilmu dan amalan zikrullah semata-mata di dalam mengubati para pesakit. Amalan sentiasa berzikrullah inilah menjadi kunci pencapaian darjat ihsan atau celik mata hati, atau kesempurnaan hati. Seiring dengan keutamaan amalan ini yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai seutama-utama ibadah (maksud ayat al-Quran Surah al-Ankabut; ayat 45) Pada peringkat ini, dengan izin Allah SWT para Pengamal Rawatan Kaedah Sufi/Berzikrullah mampu membersih/membuang/memulih pelbagai penyakit dari tubuh pesakit akibat gangguan daripada mahkluk halus dengan celik mata hati dan kekuatan darjat amalan zikrullah. Ini bersesuaian dengan darjat manusia sebagai semulia-mulia makhluk dan khalifah Allah di atas muka bumi. Boleh disimpulkan bahawa apabila seseorang mencapai darjat ihsan/celik mata hati, maka mereka sudah pasti tidak boleh didampingi atau diganggu oleh makhluk-makhluk halus/jin/bunian kerana darjat makhluk-makhluk ini berada jauh di bawah daripada darjat orang-orang yang sentiasa berzikrullah di alam kerohanian/ghaib.
Alam kerohanian/ghaib ini tidak mampu dijangkau/dilihat/difahami oleh longgokkan ilmu dan kefahaman Islam yang bersarang pada akal. Segala bentuk/aktiviti/rawatan yang bersifat lahiriah tidak akan mampu membuang makhluk-makhluk halus yang bersifat rohaniah/ghaib dengan sempurna. Makhluk-makhluk halus itu biasanya mengganggu/mendiami pada organ-organ pesakit seperti jantung, saraf tunjang, buah pinggang, segala sendi-sendi dan saraf, dan otak. Dengan itu hanya amalan berzikrullah yang mempunyai darjat (berfungsi di alam kerohanian/ghaib) yang mampu merawat pesakit-pesakit.
Berkata Saidina Ali bin Abu Talib kwj;
"Sesungguhnya semua manusia bersungut atas syaitan, namun syaitan juga bersungut ke atas orang yang berzikrullah."
Lalu beliau pun membaca firman Allah SWT;
Maksudnya;
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila disentuh rasukan syaitan, lalu mereka berzikrullah dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pemandangan
(rahmat Allah)." (Surah al-A'rab: Ayat 20)
Sabda Nabi SAW; Maksudnya;
"Sesungguhnya syaitan mengalir dalam salur darah Bani Adam."
Imam al-Ghazali, tokoh ulama agung Islam sepanjang zaman menjelaskan secara terperinci tentang darjat ihsan/celik mata hati bagi para penganut mazhab tariqah/tasawwuf dengan katanya;
“Dari masa permulaan menjalani jalan (tariq) ini, orang sufi sudah mengalami mukasyafah dan musyahadah. Pada waktu jaga (bukan mimpi) mereka bukan sahaja boleh melihat (celik mata hati) rupa malaikat dan roh nabi-nabi tetapi juga dapat mendengar suara memperolehi petunjuk dari mereka. Dari tahap musyahadah iaitu melihat segala macam rupa dan contoh itu, naik lagi ke tahap-tahap yang lebih tinggi dan tidak dapat lagi digambarkan dengan perkataan (akal). Jikalau dicuba juga menggunakan perkataan (akal) pasti akan menimbulkan salah faham yang tidak mungkin dapat dielakkan.”
Firman Allah SWT ,
Maksudnya:
“ Tidak berdusta hati itu tentang apa yang dilihatnya."
(Surah an-Najm: ayat 11)
Firman Allah SWT
Maksudnya,
“Maka sesungguhnya bukan matalah yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang berada di dalam dada.”
(Surah Al-Hajr: Ayat 46)
Sabda Nabi SAW,
Maksudnya:
“Apabila hati Bani Adam tidak dikelilingi oleh syaitan-syaitan maka sudah pastilah mereka mampu melihat kerajaan di langit
(alam malakut yang tinggi).’
- Hadis riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a
Sabda baginda(SAW) lagi,
maksudnya:
“Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin. Sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya (petunjuk) Ilahi.”
- Hadis riwayat Tarmidzi dari Abu Sa’id r.a
Antara kebanyakan penyakit yang telah berjaya diubati oleh Pengamal Perubatan Kaedah Sufi/Berzikrullah,
Maahad Qiyamullail,
Surau Lebai Deris ialah ;
· Memulih Penyakit Mental/Schizophernia
· Rawatan Penyakit Santau/Sihir
· Membuang Saka dan Pemulihan
· Membuang Dampingan Bunian
· Gangguan Jin/Kerasukan/HISTERIA
· Memulih penyakit gangguan/sukar tidur
· Pelaris Perniagaan
· Pendinding Diri/Kediaman/Pejabat/Restoren
· Masalah Rumahtangga/Kasih Sayang/Poligami
· Menambah Seri Wajah
· Penyakit Angin Ahmar/Stroke/Sakit Jantung/Lumpuh
(akibat gangguan makhluk halus)
BAIK/PULIH SESUATU PENYAKIT ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT. KAMI HANYALAH HAMBA ALLAH YANG BERIKHTIAR.
RAWATAN SUSULAN AKAN DIBERIKAN ATAU DIPANTAU SEHINGGA PARA PESAKIT BENAR-BENAR BEBAS DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS/PEROSAK.
INSYAALLAH

assalamuailaikum minta maaf bertanya di mana bolih belajar ilmu ini
ReplyDeleteazhar
012-5148843
Wsalam..Sesiapa pun boleh belajar asalkan dia sanggup mempelajari ilmu dan amalan zikrullah sbgaimana Allah SWT perintahkan. kaedah kami hanya menggunakan zikir nafas utk membuang makhluk2 halus yg mendiami salur darah dan anggota badan yang lain tetapi mesti dipandu dgn pandangan celik mata hati(basyirah)..
ReplyDelete