PENGAKUAN PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT

1. PERNIAGAAN MEROSOT AKIBAT “PELARIS” KEDAI LAIN DAN SIHIR
Masa mula berniaga, pendapat restoren saya ada peningkatan. Sehinggalah pada satu hari, restoren saya tidak langsung dikunjungi orang. Masalah ini berlanjutan selama 3 hari. Bila diajukan kepada rakan-rakan, barulah saya tahu yang mereka sangka restoren saya ditutup walhal setiap hari saya berniaga. Saya telah dibawa berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan sufi ini dan saya amat terkejut apabila diberitahu restoren saya terkena “pelaris” kedai lain dan juga disihir dengan kaedah pasir kubur. Saya teringat yang saya pernah ternampak seperti batu nesan di depan restoren saya. Alhamdulillah setelah dipulihkan oleh pengamal perubatan sufi ini restoren saya bertambah maju dan tiada gangguan sehingga sekarang. Pengakuan benar...Suhana (Kak Long), Paka, Terengganu

2. 20 TAHUN MENDERITA SAKIT LUMPUH SEPARUH BADAN

Dulu saya seorang guru Tae Kwan Do. Ketika sedang mengajar tiba-tiba saya terasa kebas di bahagian pinggang hingga ke jari kaki saya. Saya rebah dan saya di bawa ke hospital. Malangnya doktor yang merawat saya kata saya tidak sakit apa-apa, tekanan darah ok, buah pinggang ok, tulang belakang pun tiada masalah. Saya susah mau berjalan, pergerakan harian makin terbatas. Semenjak pulang dari hospital saya terbaring. Mau bergerak saya terpaksa mengesot menggunakan tangan. Saya banyak sudah berjumpa pawang, bomoh tradisional tapi hasilnya masih mengecewakan saya. Satu Sabah saya mencari, sakit tidak pulih dan duit habis pun cecah puluh ribu sudah. Sampaikan isteri saya lari tidak sanggup hidup susah sama saya. Sehinggalah ada seorang saudara saya di Lahad Datu ada bagitau mau bawa saya berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan sufi yang ketika itu sedang membuat rawatan di Tungku. Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh masa 2 jam merawat saya, saya bisa bangun berdiri tegak dan berjalan...walaupun dipimpin tapi saya sudah boleh melangkah. Penuh Syukur, Adli, Sandakan, Sabah.

3. ISTERI TINGGALKAN ANAK DAN SUAMI
SAYA bukanlah dari keluarga yang berada. Di awal perkahwinan saya, saya dan isteri hidup sederhana. Hubungan isteri saya dengan keluarga saya tidak berapa mesra. Pada satu hari,berlaku satu pertengkaran besar antara saya dan isteri saya sehinggakan keluarga saya masuk campur. Akibat tidak tahan dimakihamun oleh keluarga saya, isteri saya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Selama 2 tahun beliau tinggalkan saya dan anak, tiada khabar berita tiada panggilan talipon. Saya ada beberapa kali cuba hubungi isteri saya dan cuba pujuk tapi dibalas dengan kata hina. Saya meminta bantuan daripada pengamal perubatan sufi. Perkara yang amat menyedihkan saya bila dapat tahu ibu saya sendiri cuba pisahkan saya dan isteri dengan mengupah bomoh. Setelah beberapa hari membuat rawatan bersihkan rumah, pulihkan isteri untuk balik kepada saya, alhamdulillah isteri saya pulang dan sudah semakin bertambah sayang kepada saya dan anak. Madi, Kemaman, Terengganu

4. SEMENJAK USIA 15 TAHUN MENGHIDAP PENYAKIT MIGRAIN, DIGANGGU BISIKAN DAN ILUSI

HIDUP saya tidak terurus. Sudah tak tahan diganggu, saya mengambil keputusan berhenti kerja. Saya berkurung dalam rumah selama 3 tahun. Rumah saya bersepah dan berbau kencing kucing. Gangguan demi gangguan datang dan semakin teruk. Selama diganggu, pil penenang diri jadi teman saya. Wang bapa saya ratusan ribu sudah habis untuk merawat saya. Ibu saya pun sudah putus asa. Habis doktor pakar sakit jiwa saya jumpa, sampaikan saya mahu diletak di rumah sakit gila. Pusat-pusat rawatan tradisional yang ternama semuanya saya dah pergi tetapi tidak mampu ubati saya. Saya sendiri ada membuat carian melalui internet sehingga saya jumpamaklumat yang mengatakan sakit saya ini hanya mampu dirawat dengan kaedah sufi. Akhirnya saya berjumpa secara tak sengaja seorang jiran saya yang rasa pelik tengok saya bawa seplastik ubat penenang. Setelah bercerita panjang dia buat temujanji dengan seorang pengamal perubatan sufi ini. Alhamdulillah saya sekarang sudah boleh bekerja semula, rumah saya sudah kemas bersih dan saya sudah tinggalkan ubat penenang diri. Terimakasih Abang Amat. Mozani, Ampang, KL.

5. 10 BULAN LUMPUH AKIBAT PENYAKIT MISTERI
SAYA mengalami penyakit misteri sehingga mengalami kesakitan di seluruh anggota badan seperti sakit pinggang yang amat ketara, sakit sendi-sendi di bahagian kaki dan lutut dan sakit tulang belakang sehinggalah saya tidak dapat berjalan. Dalam tempoh itu, saya telah mencuba pelbagai kaedah perubatan moden dan berjumpa ramai pakar perubatan moden di pusat rawatan pakar swasta. Di samping itu, saya juga berjumpa ramai pengamal perubatan Islam tetapi penyakit saya masih tidak sembuh. Banyak wang yang dibelanjakan tetapi kesakitan yang saya tanggung semakin teruk sehingga mengganggu tidur, selera makan dan menanggung kesakitan yang amat sangat ketika membuang air besar. Saya dibuang kerja kerana selalu tidak hadir. Alhamdulillah, selepas berjumpa pengamal perubatan Islam kaedah zikrullah, dengan izin Allah SWT banyak penyakit saya berjaya dipulihkan, saya sudah dapat berjalan semula dan dapat memandu kenderaan saya sendiri. Halim, Felda Rasau Kertih, Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

PUSAT RAWATAN ISLAM SUFI / BERZIKRULLAH