Friday, 10 June 2011

PENGAMAL RAWATAN ISLAM - KAEDAH SUFI / BERZIKRULLAH

Pengamal Rawatan Kaedah Sufi/Berzikrullah ini menggunakan ilmu dan amalan zikrullah semata-mata di dalam mengubati para pesakit. Amalan sentiasa berzikrullah inilah menjadi kunci pencapaian darjat ihsan atau celik mata hati, atau kesempurnaan hati. Seiring dengan keutamaan amalan ini yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai seutama-utama ibadah (maksud ayat al-Quran Surah al-Ankabut; ayat 45) Pada peringkat ini, dengan izin Allah SWT para Pengamal Rawatan Kaedah Sufi/Berzikrullah mampu membersih/membuang/memulih pelbagai penyakit dari tubuh pesakit akibat gangguan daripada mahkluk halus dengan celik mata hati dan kekuatan darjat amalan zikrullah. Ini bersesuaian dengan darjat manusia sebagai semulia-mulia makhluk dan khalifah Allah di atas muka bumi. Boleh disimpulkan bahawa apabila seseorang mencapai darjat ihsan/celik mata hati, maka mereka sudah pasti tidak boleh didampingi atau diganggu oleh makhluk-makhluk halus/jin/bunian kerana darjat makhluk-makhluk ini berada jauh di bawah daripada darjat orang-orang yang sentiasa berzikrullah di alam kerohanian/ghaib.

Alam kerohanian/ghaib ini tidak mampu dijangkau/dilihat/difahami oleh longgokkan ilmu dan kefahaman Islam yang bersarang pada akal. Segala bentuk/aktiviti/rawatan yang bersifat lahiriah tidak akan mampu membuang makhluk-makhluk halus yang bersifat rohaniah/ghaib dengan sempurna. Makhluk-makhluk halus itu biasanya mengganggu/mendiami pada organ-organ pesakit seperti jantung, saraf tunjang, buah pinggang, segala sendi-sendi dan saraf, dan otak. Dengan itu hanya amalan berzikrullah yang mempunyai darjat (berfungsi di alam kerohanian/ghaib) yang mampu merawat pesakit-pesakit.

Berkata Saidina Ali bin Abu Talib kwj;
"Sesungguhnya semua manusia bersungut atas syaitan, namun syaitan juga bersungut ke atas orang yang berzikrullah."
Lalu beliau pun membaca firman Allah SWT;
Maksudnya;
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila disentuh rasukan syaitan, lalu mereka berzikrullah dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pemandangan (rahmat Allah)." (Surah al-A'rab: Ayat 20)

Sabda Nabi SAW; Maksudnya;
"Sesungguhnya syaitan mengalir dalam salur darah Bani Adam."

Imam al-Ghazali, tokoh ulama agung Islam sepanjang zaman menjelaskan secara terperinci tentang darjat ihsan/celik mata hati bagi para penganut mazhab tariqah/tasawwuf dengan katanya;
“Dari masa permulaan menjalani jalan (tariq) ini, orang sufi sudah mengalami mukasyafah dan musyahadah. Pada waktu jaga (bukan mimpi) mereka bukan sahaja boleh melihat (celik mata hati) rupa malaikat dan roh nabi-nabi tetapi juga dapat mendengar suara memperolehi petunjuk dari mereka. Dari tahap musyahadah iaitu melihat segala macam rupa dan contoh itu, naik lagi ke tahap-tahap yang lebih tinggi dan tidak dapat lagi digambarkan dengan perkataan (akal). Jikalau dicuba juga menggunakan perkataan (akal) pasti akan menimbulkan salah faham yang tidak mungkin dapat dielakkan.”

Firman Allah SWT ,
Maksudnya:
“ Tidak berdusta hati itu tentang apa yang dilihatnya." (Surah an-Najm: ayat 11)

Firman Allah SWT
Maksudnya,
“Maka sesungguhnya bukan matalah yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang berada di dalam dada.”
(Surah Al-Hajr: Ayat 46)

Sabda Nabi SAW,
Maksudnya:
“Apabila hati Bani Adam tidak dikelilingi oleh syaitan-syaitan maka sudah pastilah mereka mampu melihat kerajaan di langit
(alam malakut yang tinggi).’
- Hadis riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a

Sabda baginda(SAW) lagi,
maksudnya:
“Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin. Sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya (petunjuk) Ilahi.”
- Hadis riwayat Tarmidzi dari Abu Sa’id r.a


Antara kebanyakan penyakit yang telah berjaya diubati oleh Pengamal Perubatan Kaedah Sufi/Berzikrullah, Maahad Qiyamullail,
Surau Lebai Deris ialah ;

· Memulih Penyakit Mental/Schizophernia
· Rawatan Penyakit Santau/Sihir
· Membuang Saka dan Pemulihan                                           
· Membuang Dampingan Bunian
· Gangguan Jin/Kerasukan/HISTERIA
· Memulih penyakit gangguan/sukar tidur
· Pelaris Perniagaan
· Pendinding Diri/Kediaman/Pejabat/Restoren
· Masalah Rumahtangga/Kasih Sayang/Poligami
· Menambah Seri Wajah
· Penyakit Angin Ahmar/Stroke/Sakit Jantung/Lumpuh
(akibat gangguan makhluk halus)



BAIK/PULIH SESUATU PENYAKIT ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT. KAMI HANYALAH HAMBA ALLAH YANG BERIKHTIAR.

RAWATAN SUSULAN AKAN DIBERIKAN ATAU DIPANTAU SEHINGGA PARA PESAKIT BENAR-BENAR BEBAS DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS/PEROSAK. INSYAALLAH

Monday, 25 April 2011

PENGAKUAN PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT

1. PERNIAGAAN MEROSOT AKIBAT “PELARIS” KEDAI LAIN DAN SIHIR
Masa mula berniaga, pendapat restoren saya ada peningkatan. Sehinggalah pada satu hari, restoren saya tidak langsung dikunjungi orang. Masalah ini berlanjutan selama 3 hari. Bila diajukan kepada rakan-rakan, barulah saya tahu yang mereka sangka restoren saya ditutup walhal setiap hari saya berniaga. Saya telah dibawa berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan sufi ini dan saya amat terkejut apabila diberitahu restoren saya terkena “pelaris” kedai lain dan juga disihir dengan kaedah pasir kubur. Saya teringat yang saya pernah ternampak seperti batu nesan di depan restoren saya. Alhamdulillah setelah dipulihkan oleh pengamal perubatan sufi ini restoren saya bertambah maju dan tiada gangguan sehingga sekarang. Pengakuan benar...Suhana (Kak Long), Paka, Terengganu

2. 20 TAHUN MENDERITA SAKIT LUMPUH SEPARUH BADAN

Dulu saya seorang guru Tae Kwan Do. Ketika sedang mengajar tiba-tiba saya terasa kebas di bahagian pinggang hingga ke jari kaki saya. Saya rebah dan saya di bawa ke hospital. Malangnya doktor yang merawat saya kata saya tidak sakit apa-apa, tekanan darah ok, buah pinggang ok, tulang belakang pun tiada masalah. Saya susah mau berjalan, pergerakan harian makin terbatas. Semenjak pulang dari hospital saya terbaring. Mau bergerak saya terpaksa mengesot menggunakan tangan. Saya banyak sudah berjumpa pawang, bomoh tradisional tapi hasilnya masih mengecewakan saya. Satu Sabah saya mencari, sakit tidak pulih dan duit habis pun cecah puluh ribu sudah. Sampaikan isteri saya lari tidak sanggup hidup susah sama saya. Sehinggalah ada seorang saudara saya di Lahad Datu ada bagitau mau bawa saya berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan sufi yang ketika itu sedang membuat rawatan di Tungku. Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh masa 2 jam merawat saya, saya bisa bangun berdiri tegak dan berjalan...walaupun dipimpin tapi saya sudah boleh melangkah. Penuh Syukur, Adli, Sandakan, Sabah.

3. ISTERI TINGGALKAN ANAK DAN SUAMI
SAYA bukanlah dari keluarga yang berada. Di awal perkahwinan saya, saya dan isteri hidup sederhana. Hubungan isteri saya dengan keluarga saya tidak berapa mesra. Pada satu hari,berlaku satu pertengkaran besar antara saya dan isteri saya sehinggakan keluarga saya masuk campur. Akibat tidak tahan dimakihamun oleh keluarga saya, isteri saya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Selama 2 tahun beliau tinggalkan saya dan anak, tiada khabar berita tiada panggilan talipon. Saya ada beberapa kali cuba hubungi isteri saya dan cuba pujuk tapi dibalas dengan kata hina. Saya meminta bantuan daripada pengamal perubatan sufi. Perkara yang amat menyedihkan saya bila dapat tahu ibu saya sendiri cuba pisahkan saya dan isteri dengan mengupah bomoh. Setelah beberapa hari membuat rawatan bersihkan rumah, pulihkan isteri untuk balik kepada saya, alhamdulillah isteri saya pulang dan sudah semakin bertambah sayang kepada saya dan anak. Madi, Kemaman, Terengganu

4. SEMENJAK UMUR 15 TAHUN DIGANGGU BISIKAN DAN ILUSI

HIDUP saya tidak terurus. Sudah tak tahan diganggu, saya mengambil keputusan berhenti kerja. Saya berkurung dalam rumah selama 3 tahun. Rumah saya bersepah dan berbau kencing kucing. Gangguan demi gangguan datang dan semakin teruk. Selama diganggu, pil penenang diri jadi teman saya. Wang bapa saya ratusan ribu sudah habis untuk merawat saya. Ibu saya pun sudah putus asa. Habis doktor pakar sakit jiwa saya jumpa, sampaikan saya mahu diletak di rumah sakit gila. Pusat-pusat rawatan tradisional yang ternama semuanya saya dah pergi tetapi tidak mampu ubati saya. Saya sendiri ada membuat carian melalui internet sehingga saya jumpamaklumat yang mengatakan sakit saya ini hanya mampu dirawat dengan kaedah sufi. Akhirnya saya berjumpa secara tak sengaja seorang jiran saya yang rasa pelik tengok saya bawa seplastik ubat penenang. Setelah bercerita panjang dia buat temujanji dengan seorang pengamal perubatan sufi ini. Alhamdulillah saya sekarang sudah boleh bekerja semula, rumah saya sudah kemas bersih dan saya sudah tinggalkan ubat penenang diri. Terimakasih Abang Amat. Mozani, Ampang, KL.

Saturday, 23 April 2011

Koleksi perubatan ; Membuang SAKA







Membuang SAKA(1)






Membuang SAKA (1a)

Membuang SAKA (1b)
Membuang SAKA(1c)
















Rawatan memulihkan SAKA dan DAMPINGAN 1

Rawatan memulihkan SAKA dan DAMPINGAN 2

Rawatan memulihkan SAKA dan DAMPINGAN 3

Hubungi kami melalui

UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
DAN SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI



SDR AMAT : 011 - 1290 2593
Kuala Lumpur/Terengganu



SDR ZAWAWI : 011- 1660 4758
Kuala Lumpur/Terengganu